Be Thankful Of Who You Are.

Assalamu'alaikum ♥


Allah is always by your side. Don't be afraid. (:


Wishlists ♥

Hamba Allah yang taat
Anak mama dan abah yang solehah
Isteri yang diredhai
Ibu yang disayangi
Muslimah, bakal bidadari syurga
Mati dalam nafas jiwa yang sejahtera.


Credits ♥

Template and skins : NurIzzati
Background and Photo : We♥it


Satu Langkah.
20120123 | 9:14:00 AM | 0 hearts♥
Fuhh. Assalamu'alaikum wahai penghuni dunia Allah sekalian :)
Ya Allah, sudah bersawang rupanya blog hamba ini. Adakah yang pernah membaca blog ini masih mengingati tuan punya blog atau paling tidak bingkisan yang pernah terhasil daripada blog ini? Mungkin tidak. Kerana saya sendiri, empunya blog sudah lupa apa yang pernah lahir dari blog picisan ini. Blog ini pernah saya tamatkan riwayatnya beberapa kali. Dan kali terakhir, kalau tidak salah saya ialah pada bulan Mei 2010. Sekarang sudah Januari 2012. Sudah hampir dua tahun. Padanlah saya sendiri pun sudah lupa akan passwordnya dan terpaksa reset semula. Tak mengapa. Saya masih mahu mencoret sepatah dua kata di sini. Biarpun kini sudah berbahagia dengan blog baru, namun suka saya katakan saya merindui kenangan bersama blog ini. Banyak karya pernah terhasil di sini. Banyak kritikan jua saya terima di sini, sehingga saya kini sudah sedikit berhati-hati dalam apa yang saya letakkan.

Apapun, saya akan gunakan blog ini sebagai medan dakwah saya. Mungkin tidak banyak yang boleh saya utarakan di sini, kerana saya juga diibaratkan sebagai seorang bayi yang baru lahir, ibarat baru sahaja lahir dalam nafas jiwa seorang hamba.

Mohon doa para sahabat untuk mendoakan saya terus istiqomah di jalan-Nya (:

Assalamu'alaikum wrbt.




/